Baby

Hari ini seharian di Perpustakaan Negara ...dari jam 10.00 pagi hingga kini....Alhamdulillah..mungkin berkat bulan posa saya dapat menyelesaikan tugas tanpa banyak gangguan.....
Kebelakangan ini Baby selalu batuk .....Pelik juga namun ada sedikit kerisauan...begitula saya..bila kucing dah dianggap seperti anak ....maka sakit demam atau perubahan perangai mereka agak merisaukan....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tido tido ayam

Seekor kucing memang terkenal dengan tidur tidur ayamnya....iaitu tido dan terlelap sekejap.

Kucing selalunya cepat terjaga ketika sedang tidur sekejap, malah akan melompat bangun walaupun ia terkejut sedikit. Secara umumnya, kucing lebih suka tempat yang panas dan sunyi untuk tidur walaupun sekejap. Inilah sebabnya mengapa kucing selalu tidur di belakang kerusi atau di ceruk rumah.

Kucing juga suka tempat yang mempunyai bau yang disukainya- selalunya bau tuannya. itulah sebabnya kucing suka tidur di atas timbunan kain......( Babyyyyyy.....habis berbulu baju ayah )..., atas katil , atas kerusi atau mana2 tempat lain.....

Kucing uga suka terlelap di bawah sinaran matahari , oleh itu ia akan mencari tempat yang disinari matahari untuk memanaskan badannya....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

teman yang baik atau tidak

Seekor kucing boleh menjadi binatang peliharaan yang baik...namun bukan untuk semua orang....

Kucing peliharaan yang kita bela, beri tempat makan dan tidor akan menjadi teman yang menyayangi kita selama beberapa tahun.....Walau bagaimanapun, ada orang yang takut atau tidak sukakan kucing....

Mereka menjadi takut atau gelisah apabila ada kucing yang mendekati mereka. Kucing akan dapat mengesan perasaan ini dan ia juga akan menjadi takut dan gelisah......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pembersih

kucing secaa semula jadinya adalah haiwan pembersih. Walaubagaimanapun, kita hendaklah sentiasa membasuh tangan selepas memegang makanan dan kotak najisnya.

Jika tidak , kita boleh mendapat penyakit daripadanya taau kucing mendapat penyakit daripada kita....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

makan

Lebih baik jika kita dapat memberi kucing makanan yang berbeza supaya ia dapat pelbagai jenis khasiat. uga lebih elok jika ia diberi makan di temapat yang sama setiap masa seelok eloknya di tempat  yang sunyi dan tenang.

Biasanya makan 2 kali sehari sudah mencukupi - pagi dan petang....
Anak kucing yang sedang membesar ....perlu diberikan makan yang sedikit tetapi kerap kerana ia banyak mengunakan tenaga untuk berlari dan membesar....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cakar

Kucing memang suka mencakar.....kalau di rumah tu habis kusyen atau kayu sofa dijadikan tempat beliau melepaskan geram....

Sebenarnya , beliau melakukan demikian bukanlah untuk menajamkan kuku seperti yang difikirkan oleh orang tua kita dahulu.....Ia bertujuan untuk meregangkan otot dan sendi serta bersenam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rumput

Kucing kita kadang kala memang suka makan rumput.......Baby cukup suka makan pucuk paku merah atau pucuk midin.....

Ini sebenarnya memang tabiat semula jadi kucing. Rumput dapat memberikan zat makanan tambahan. Tumbuhan ini juga dapat membantu kucing untuk memuntahkan makanan atau gumpalan bulu yang tersekat...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS