Baby

Hari ini seharian di Perpustakaan Negara ...dari jam 10.00 pagi hingga kini....Alhamdulillah..mungkin berkat bulan posa saya dapat menyelesaikan tugas tanpa banyak gangguan.....
Kebelakangan ini Baby selalu batuk .....Pelik juga namun ada sedikit kerisauan...begitula saya..bila kucing dah dianggap seperti anak ....maka sakit demam atau perubahan perangai mereka agak merisaukan....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tido tido ayam

Seekor kucing memang terkenal dengan tidur tidur ayamnya....iaitu tido dan terlelap sekejap.

Kucing selalunya cepat terjaga ketika sedang tidur sekejap, malah akan melompat bangun walaupun ia terkejut sedikit. Secara umumnya, kucing lebih suka tempat yang panas dan sunyi untuk tidur walaupun sekejap. Inilah sebabnya mengapa kucing selalu tidur di belakang kerusi atau di ceruk rumah.

Kucing juga suka tempat yang mempunyai bau yang disukainya- selalunya bau tuannya. itulah sebabnya kucing suka tidur di atas timbunan kain......( Babyyyyyy.....habis berbulu baju ayah )..., atas katil , atas kerusi atau mana2 tempat lain.....

Kucing uga suka terlelap di bawah sinaran matahari , oleh itu ia akan mencari tempat yang disinari matahari untuk memanaskan badannya....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

teman yang baik atau tidak

Seekor kucing boleh menjadi binatang peliharaan yang baik...namun bukan untuk semua orang....

Kucing peliharaan yang kita bela, beri tempat makan dan tidor akan menjadi teman yang menyayangi kita selama beberapa tahun.....Walau bagaimanapun, ada orang yang takut atau tidak sukakan kucing....

Mereka menjadi takut atau gelisah apabila ada kucing yang mendekati mereka. Kucing akan dapat mengesan perasaan ini dan ia juga akan menjadi takut dan gelisah......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pembersih

kucing secaa semula jadinya adalah haiwan pembersih. Walaubagaimanapun, kita hendaklah sentiasa membasuh tangan selepas memegang makanan dan kotak najisnya.

Jika tidak , kita boleh mendapat penyakit daripadanya taau kucing mendapat penyakit daripada kita....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

makan

Lebih baik jika kita dapat memberi kucing makanan yang berbeza supaya ia dapat pelbagai jenis khasiat. uga lebih elok jika ia diberi makan di temapat yang sama setiap masa seelok eloknya di tempat  yang sunyi dan tenang.

Biasanya makan 2 kali sehari sudah mencukupi - pagi dan petang....
Anak kucing yang sedang membesar ....perlu diberikan makan yang sedikit tetapi kerap kerana ia banyak mengunakan tenaga untuk berlari dan membesar....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cakar

Kucing memang suka mencakar.....kalau di rumah tu habis kusyen atau kayu sofa dijadikan tempat beliau melepaskan geram....

Sebenarnya , beliau melakukan demikian bukanlah untuk menajamkan kuku seperti yang difikirkan oleh orang tua kita dahulu.....Ia bertujuan untuk meregangkan otot dan sendi serta bersenam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rumput

Kucing kita kadang kala memang suka makan rumput.......Baby cukup suka makan pucuk paku merah atau pucuk midin.....

Ini sebenarnya memang tabiat semula jadi kucing. Rumput dapat memberikan zat makanan tambahan. Tumbuhan ini juga dapat membantu kucing untuk memuntahkan makanan atau gumpalan bulu yang tersekat...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Muntah

Kucing selalu kelihatan seperti tidak sihat, tetapi ia sebenarnyacuba membatukkan atau memuntahkan keluar gumpalan bulu atau bola rambut.

Ianya gumpalan bulu yang ditelan oleh kucing ketika membersihkan diri mereka taua kita gelar 'mandi'. Bulu ini terkumpul dan melekat sebagai gumpal berlendir di dalam perut. Jika ia memuntahkan gumpalan bulu itu, kucing kita sebenarnya sihat. Jika gumpalan bulu tersebut tersekat di dalam usus kucing, ia boleh membuatkan ia benar-benar sakit.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MENGENALI BULU DAN WARNA KUCING

Kucing memiliki pelbagai warna dan pola. Warna dan pola ini tidak tergantung pada baka asalnya. Kucing yang biasa dibela di rumah di pecahkan kepada 2 jenis i. bulu pendek ii. bulu panjang Gen memainkan peranan besar dalam mengatur warna dan pola pada bulu kucing. Dibawah ini dikategorikan beberapa jenis waran atau pola kucing yang biasa dibela di rumah... Telon Putih dengan sedikit warna hitam atau biru/kelabu. Umumnya kucing betina Tortoiseshell Hitam dengan warna Oren dan Putih tersebar diseluruh tubuhnya Tabby Bergaris dengan bermacam pola. Pola klasik pada kucing ini berbentuk bulatan atau lingkaran.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FAKTA MENARIK MENGENAI KUCING Semua orang tahu apa itu kucing. Malah ramai juga di antara kita yang menjadikannya sebagai haiwan peliharaan. Karektor dan sifat kucing yang manja mennyebabkan ramai yang sukakan kucing, namun korang tahu tak tentang berberapa fakta menarik mengenai kucing? Berikut adalah fakta-fakta yang menarik mengenai kucing yang perlu korang tahu. 1. Kucing itu nokturnal – bermakna ia bersifat tidak berapa aktif pada waktu siang (mungkin banyak tidur) dan begitu aktif pada waktu malam. 2. Kucing boleh membezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning. 3. Kucing itu karnivor – iaitu ia memakan daging sebagai sumber makanan utama. 4. Kucing punya bulu yang berfungsi mirip misainya di belakang kaki depan mereka. 5. Kucing punya 200 juta sel yang sensitif terhadap bau di hidungnya (40 kali lebih banyak dari manusia). 6. Coklat boleh menjadi racun bagi kucing (kerana memiliki theobromine). 7. Aspirin mematikan bagi kucing (hati kucing tidak mampu menghasilkan enzim untuk metabolisme aspirin). 8. Ada penyakit yang bernama jerawat kucing (feline acne). 9. Ada penyakit mirip AIDS pada kucing disebabkan oleh FIV (Feline Immunodeficiency Virus). 10. Kucing persia adalah salah satu kucing berbulu panjang yang paling tua dan popular. 11. Birman, kucing bermata biru ini dipercaya sebagai keturunan dari kucing kuil di Birma. 12. Kucing jenis Turkish Van amat menyukai air sampai digelar sebagai Turskish Swimming Cat. Beratnya boleh mencapai sehingga 9 kg. 13. Nada E pada oktav keempat boleh memaksa kucing muda membuang air besar dan kucing dewasa menjadi terangsang (Drs. Morin dan Bachrach). 14. Kucing boleh kembali lagi ke rumah meski dibuang beberapa kilometer dari rumah tanpa diberi kompas. 15. Kucing punya efek menenangkan (saat seseorang mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil). 16. Kucing adalah pemburu yang oportunis (burung, tikus, serangga, kodok, manapun yang lebih mudah diburu). 17. Di zaman Mesir kuno, hukuman untuk membunuh kucing adalah hukuman mati. 18. Masih di zaman Mesir kuno, kalau ada kucing piaraan yang mati, seluruh keluarga itu akan mencukur alis mereka sebagai tanda berduka. 19. Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orangutan. 20. Kucing punya lebih dari seratus macam suara. 21. Ada juga kucing yang kidal. 22. Kucing boleh melompat tujuh kali tinggi tubuhnya. 23. Kucing boleh lari sampai hampir 50 km/jam. 24. Penglihatan kucing sekitar enam kali lebih baik dari manusia pada waktu malam kerana taperum lucidum, sel khusus yang menyerap cahaya. 25. Kucing hampir tidak mengiau kepada kucing yang lain kecuali waktu waktu khusus. 26. Kucing mandi (menjilati dirinya) setelah mengalami kejadian berbahaya untuk menenangkan diri. 27. Kucing tidak berpeluh. 28. Kucing boleh mendengar suara tinggi sehingga frekuensi 65 kHz. 29. Jantung kucing berdenyut dua kali lebih cepat dari manusia (110-140 denyutan per minit). 30. Suhu normal kucing adalah 38.6 darjah celcius. 31. Kucing jantan boleh mulai berketurunan setelah berumur antara 7-10 bulan, sementara kucing betina antara 5-9 bulan. 32. Julius Caesar dan Napoleon menderita ailurophobia (takut terhadap kucing). 33. Semua kucing lahir dengan mata biru. 34. Keluarga kucing adalah salah satu mamalia tertua. 35. Orang Mesir kuno percaya bahawa Bast adalah ibu dari semua kucing. 36. Kucing hitam pembawa sial adalah tahayul dari Amerika. Di Asia, kucing hitam sebaliknya dianggap pembawa keuntungan. 37. Kucing dengan pola bulu calico dan tortoise shell biasanya betina. 38. Kucing lebih senang kalau bermain dalam jumlah anggota genap. 39. Urine kucing bersinar dalam cahaya hitam. 40. Catnip disukai kucing kerana baunya mirip dengan bau betina dominan. 41. Kucing boleh mendermakan darahnya untuk kucing lain. 42. Golongan darah kucing kalau dipadankan dengan manusia adalah AB. 43. Kucing memiliki kelopak mata ketiga yang disebut haw (BahasaInggeris). 44. Kucing punya lapisan bulu sejati di bawah bulunya. 45. Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya dulu, baru kedua kaki kanannya. 46. Felix the Cat adalah karakter kucing kartun pertama yang dibuat menjadi belon parade. 47. Florence Nightingale memelihara lebih dari 60 ekor kucing selama hidupnya. 48. Pada tahun 1888, 300,000 mummy kucing dijumpai di Beni Hasan, Mesir, dijual $18.43/tan, dikirim ke England untuk digiling hancur dan dijadikan baja. 49. Berbanding dengan ukuran tubuh mereka, kucing mempunyai mata terbesar berbanding dengan setiap mamalia yang lain. 50. Henry I dari Sachsen memutuskan bahawa denda kerana membunuh kucing harus enam puluh gantang jagung. 51. Seekor kucing memiliki 230 tulang dalam tubuhnya manakala seorang manusia hanya memiliki 206 tulang. 52. Seekor kucing mempunyai empat baris kumis. 53. Seekor kucing boleh terburu-buru lari di sekitar tiga puluh satu batu per jam. 54. Seekor kucing hamil selama 58-65 hari.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cats 101...maine coon

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cats 101

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kisah nabi

Assalamualaikum, salam sejahtera…….. Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali. Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan. Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri. Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka. Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya. WaAllahualam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

body language

How cats use 'body languag

' in communication.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua

Ini adalah petua saja ya. kalau tidak jadi, no komen. Ambil kayu lidi dan sukat ekor kucing tersebut dgn lidi tadi. Patahkan lidi mengikut ukuran panjang ekor kucing itu. Kemudian, tanamkan dgn cara mencucuk lidi tersebut ke dalam tanah di tempat pelaburan khas utk kucing tersebut sambil selawat ke atas nabi dan katakan kepada kucing tersebut "Ini adalah tempat utk kamu b*rak". Gunakan bahasa anda sendiri. Harap maklum, lidi yg digunakan bukanlah lidi cucuk sate, sebaik2nya gunakan lidi dari pelepah kelapa yg original. Insyaallah, wallahualam. Jika kucing masih berdegil utk melabur di amanah saham yg sama walaupun telah disukat, maka gerak2kan lah tangan anda utk membersihkan sisa pelaburan itu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Must love cats

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Must love cats

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Must love cats

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

funny cats

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tally Putt

Assalamualaikum, selamat pagi, salam sejahtera  semua rakan2....peminat kucing...
Pagi ini saya akan bercerita tentang Tally Putt.....
Tahun 2007 , saya mula bertugas sebagai Pegawai Sukan di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane, Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan.....
Di PKSC ni memang banyak kucing terbiar....tidak tahu dari mana datangnya....
Pada awal tahun 2008, guru2 yang datang ke PKSC mula bercerita tentang seekor anak kucing yang cantik namun garang dan memang susah untuk didekati.....
Ada ternampak anak kucing itu sekali sekala namun memang susah untuk didekati ......
Dari perbualan dengan pakcik jaga, beliau mengatakan anak kucing ini hanya akan keluar waktu malam apabila beliau memberi makan.....Pakcik jaga tahu saya memang amat sukakan kucing dan kerana beliau risau anak kucing itu akan ditangkap atau diseksa oleh mereka yang tak bertanggungjawab , beliau mencadangkan agar saya yang membelanya....
Akhirnya satu malam, beliau berjaya menangkap anak kucing itu dan diberinya pada saya.....




Pada mulanya, memang susah menjaga anak kucing tersebut....amat pemalu, hanya duduk menyorok di belakang dapur dan duduk mendiamkan diri di dalam bilik tidur. Tidak boleh didekati dan amat sensitif kepada bunyi2 yang mengejutkan. Hampir setahun saya kena bersabar dengan beliau. Atas nasihat kakak yang sulung, beliau menyuruh memberi nama dan memanggilnya setiap hari. Itu saya lakukan dan setelah hampir 1 1/2 tahun , baru nampak perubahan.

Kini Tally Putt amat manja dan boleh dibelai. Cuma dia masih enggan keluar dari bilik tidur utama. Itulah tempat tidurnya dan tempat bermain. Kini dia makin gemuk dan sangat manja...bising jika inginkan sesuatu seperti makanan....

Lupa nak kata ..Tally Putt juga adalah anak ibunya. Nama Tally diambil dari ekornya yang panjang dan tegak...tail.....Putt pula ditambah untuk menyedapkan nama itu. Heheheheheheh.......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

baby semasa kecil.......
ganaz.....sampai digelar baby monster.....
hingga kini teddy bear itu masih dimamam olehnya.....
entah mengapa dia terlalu geram akan teddy itu......



Baby...your father love you so muchhhhhh.......and i hope u know it....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Beloved CHUBBY

Chubby..............
Ambil dari SPCA.....waktu itu dah pegang kucing lain.....tetapi hati tergerak untuk melihat ke dalam sangkar lagi sekali dan pergi ke kotak yang terletak di belakang sangkar...dia tengah baring ....aku ambil , dukung dan terus mengatakan ini adalah kucingku....Cinta Pandang Pertama....
Masih ku ingat, kakak yang menjaga kucing di SPCA menangis bila ku pilih dia dengan mengatakan" nasib baik ada orang pilih kamu kalau tak kamu akan di tamatkan hayat sebab dah lama sangat berada di SPCA".....
Ku bawa balik dan mula menjadi ahli keluarga ku.....
Perangai yang terlalu baik...tidak bising....tidak memlilih makan...dan boleh didukung....
Kenangan yang paling tidak dapat dilupakan...semasa perjalanan balik ke kampung...dia boleh duduk di antara gear kereta sambil mendiamkan diri....di kampung tidak akan keluar rumah.....hanya berlegar-legar dalam rumah...
Waktu makan, akan naik ke meja dan makan di tepi pinggan aku....
9 tahun hidup bersama namun pada hujung Ogos 2011, kesihatan dia mula merosot.....x mahu makan dan asyik baring aje......
6 September 2011, aku bawa ke klinik....doktor mengatakan beliau memang sakit dan nasihat doktor adalah lebih baik ditamatkan nyawanya.....
" Doktor, ini adalah anak saya ....jika dia mati biarlah mati di rumah dan dihadapan saya" sambil air mata mengalir laju.....
Pagi 9 September 2011, jam 6.30 pagi...Nur Aida Maziah menjerit sambil mengatakan..." Ayah, chubby...chubby"
Aku berkejar ke bilik dimana ia terbaring dalam kotak kasut sambi melihat dia seperti susah nak bernafas....
Jam 6.57 pagi...setelah menarik nafas tersekat-sekat....dia berhenti bernafas....
Anak-anakku menjerit sambil menangis.....
Sayang...kita akan tanam dia....kita dah kehilangan seorang ahli keluarga.....
Jam 10.00 pagi , dia ditanam di belakang tempat parking ayahnya....aku dapat lihat kuburnya setiap hari....

THANK YOU CHUBBY FOR GIVING YOUR DAD HIS BEST 9 YEARS........

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

gilerkucing

Saya adalah pencinta kucing. Dari kecil hingga kini, kehidupan ku tidak pernah sunyi dengan telatah dan kerenah mereka yang ku anggap anak ku sendiri.
Kucing adalah teman waktu ketawa, waktu menangis dan waktu stress...hahahaha

Waktu pagi, merekalah yang akan membangunkan ku dari tidor dengan bunyi miowww yang menandakan mereka lapar. Tidak pernah ku kira perbelanjaan makan minum mereka kerana mereka adalah anak-anakku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS