Tally Putt

Assalamualaikum, selamat pagi, salam sejahtera  semua rakan2....peminat kucing...
Pagi ini saya akan bercerita tentang Tally Putt.....
Tahun 2007 , saya mula bertugas sebagai Pegawai Sukan di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane, Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan.....
Di PKSC ni memang banyak kucing terbiar....tidak tahu dari mana datangnya....
Pada awal tahun 2008, guru2 yang datang ke PKSC mula bercerita tentang seekor anak kucing yang cantik namun garang dan memang susah untuk didekati.....
Ada ternampak anak kucing itu sekali sekala namun memang susah untuk didekati ......
Dari perbualan dengan pakcik jaga, beliau mengatakan anak kucing ini hanya akan keluar waktu malam apabila beliau memberi makan.....Pakcik jaga tahu saya memang amat sukakan kucing dan kerana beliau risau anak kucing itu akan ditangkap atau diseksa oleh mereka yang tak bertanggungjawab , beliau mencadangkan agar saya yang membelanya....
Akhirnya satu malam, beliau berjaya menangkap anak kucing itu dan diberinya pada saya.....




Pada mulanya, memang susah menjaga anak kucing tersebut....amat pemalu, hanya duduk menyorok di belakang dapur dan duduk mendiamkan diri di dalam bilik tidur. Tidak boleh didekati dan amat sensitif kepada bunyi2 yang mengejutkan. Hampir setahun saya kena bersabar dengan beliau. Atas nasihat kakak yang sulung, beliau menyuruh memberi nama dan memanggilnya setiap hari. Itu saya lakukan dan setelah hampir 1 1/2 tahun , baru nampak perubahan.

Kini Tally Putt amat manja dan boleh dibelai. Cuma dia masih enggan keluar dari bilik tidur utama. Itulah tempat tidurnya dan tempat bermain. Kini dia makin gemuk dan sangat manja...bising jika inginkan sesuatu seperti makanan....

Lupa nak kata ..Tally Putt juga adalah anak ibunya. Nama Tally diambil dari ekornya yang panjang dan tegak...tail.....Putt pula ditambah untuk menyedapkan nama itu. Heheheheheheh.......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment